• Burqa on the street
  • Say no to war
  • So many people, so many people

Thursday, December 9, 2010

Teknik Mengapung Diri?

Main air memang best.. tapi bermasalah kepada orang yang takut dengan air dalam.. (macam saya).. Pertama kali masuk kelas renang pada bulan April 2010, thanks to Pn. Latifah dan anaknya Intan yang sudi mengajar kami kaum ibu Bandar Seri Putra.

Mula-mula nak start masuk kolam, punyalah panjang doa saya baca, sebab tak pernah masuk air lebih dalam dari pinggang. Takuuuttt!!!... lepas dia ajar etknik bubbling, kicking dan pulling rasa confident sikit. Sekarang dah boleh berenang breast-stroke dan back-stroke tapi masih perlu latihan freestyle.

Masalah utama saya ialah takut air dalam, bila air dah sampai dagu, dah tak berani. Satu lagi masalah ialah floating atau treading water. So saya linkkan video ni utk rujukan saya dan kawan-kawan yang penakut macam saya.. Selamat berenang!

»»  read more

Saturday, November 13, 2010

Tips Menghadapi Peperiksaan


Kepada anak-anak muridku, di sini cikgu kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda dalam menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi..Diharapkan ianya dapat membantu..

SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis subjek
2. Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
3. Bina dan jawab soalan daripada nota
4. Semak soalan-soalan yang lepas bagi memastikan;
- format soalan (objektif & esei)
- masa yang ditetapkan
- bilangan soalan yang harus dijawab
- markah yang diberikan pada setiap soalan
5. Jumpa dan berbincang dengan cikgu bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti (secara berdepan atau melalui sms atau facebook)
6. Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
7. Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
8. Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan subjek tepat
9. Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.
10. Pastikan anda solat hajat pada malam peperiksaan.

HARI PEPERIKSAAN
1. Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
2. Salam, cium tangan ibu bapa dan minta mereka doakan anda.
3. Datang awal ke dewan peperiksaan
4. Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
5. Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
6. Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda
7. Banyakkan berzikir.

SEMASA PEPERIKSAAN
1. Baca arahan dengan teliti.
2. Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
3. Baca setiap soalan dengan teliti.
4. Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
5. Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan berpandukan kepada;
- masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan peperiksaan
- bilangan soalan yang perlu dijawab
- markah yang diperuntukan bagi setiap soalan dan pecahan bagi setiap soalan
6. Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
7. Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat biasa. (Jangan jawab menggunakan pensil atau pen dakwat basah kerana dibimbangi akan kembang bila terkena air)
8. Jika ada kesilapan menulis jawapan, potong sahaja jawapan itu menggunakan pen. (Jangan gunakan liquid paper kerana jawapan yang telah dipadam itu akan timbul setelah beberapa minggu. Ini menyukarkan pemeriksa untuk memeriksa kertas jawapan anda)
9. Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar supaya anda tidak panik.
10. Gunakan ejaan yang betul, bukannya 'ejaan sms'.
11. Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
12. Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
13. Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
14. Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

SELEPAS PEPERIKSAAN
1. Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
2. Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
3. Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
4. Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.
5. TERUSKAN BERSOLAT HAJAT SEHINGGA KELUAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN kerana segala kemungkinan boleh berlaku. Allah Maha Kaya, mintalah bantuan daripadaNya.

SEMOGA BERJAYA!!
»»  read more

Monday, October 11, 2010

Kehidupan baru

Bibik dengan Iman... (anak yang paling dia sayang)

Hari ini hampir 2 bulan aku tiada pembantu rumah.. Ramai orang kata 'habislah kau, patah kaki..' Patah kaki apa? Takdelah patah sangat, tapi jadual masa aku berubahlah sikit.. Sebenarnya kalau nak diikutkan, rumah aku lagi kemas berbanding masa ada pembantu rumah..Serious!!...(Kalau datang masa aku tengah sakit tu lain lah cerita..). Yang penting hati SENANG!!...Apa taknya pembantu rumah aku ni tak pandai sangat mengemas, kalau disuruh kemas (dah tunjuk dah, baaaaanyyaaaaaakkkk kali) tak mahu ikut jugak..Kalau mengemas buku cerita yang anak-anakku baca sebagai contoh, dilonggoknya saja atas meja. Bila aku kata susun di tingkat atas dalam almari, dia longok atas meja study anakku ataupun dilonggok dalam almari. Akhirnya aku juga yang mengemas semula..

Yang dia suka ialah duduk kat laur rumah dan mengerjakan 'tanah' yang sekangkang kera tu..Habis semua jenis pokok ulam ditanamnya dan rumput dicabutnya (hatta rumput yang memang aku beli & tanam). 'Rajin betul bibik kau ya..' kata seorang jiran. Ya, memang rajin.. luaran je lah... Masak? Sorry... satu benda pun tak reti...Tapi takpe sebab bab memasak ni aku lebih suka keluargaku makan dari air tangan aku sendiri.. Barulah terjalin ikatan kekeluargaan.. Sekurang-kurangnya kalau aku belum sampai rumah, aku boleh call dan bagitahu apa yang nak didefrost supaya senang bila aku nak masak nanti..

Tapi, apapun yang buat aku tahan dgn dia ni ialah... dia sayang anak-anakku. Aku faham yang anak-anakku boleh dikira 'boleh tahan' dalam bab menguji kesabaran.. tapi dia sangat penyabar..Terima kasih aku ucapkan. Dan satu lagi, dia ni tak banyak mulut, kalau ditegur, diam saja.. atau paling-paling pun dia minta maaf.. Nak marah pun tak jadi dibuatnya..

Ada orang berbangga dengan mengatakan "Akak ni tak pernah ada bibik seumur hidup.. boleh je manage rumah".. Tak semua orang yang ada pembantu rumah tu tak boleh manage rumah atau pemalas.. Tak bolehlah buat generalisasi macam tu.. Kenapa dan bila aku mula ada pembantu rumah? Semuanya bermula pada tahun 2005 di mana masa tu aku mempunyai 3 orang anak. 3 orang? Sikit tu.. Aku terpaksa mengambil pembantu rumah apabila pada tahun itu aku dan suami dipanggil untuk menjadi 'tetamu Allah' bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Cadangan awalnya aku nak tumpangkan anak-anakku bersama ibu bapa ku di kampung, tapi terpaksa mengubah rancangan apabila mereka juga djemput untuk bersama-sama menjadi tetamu Allah pada tahun yang sama. Memandangkan tiada orang yang sanggup utk menjaga ketiga-tiga anakku, maka kami mula mengambil khidmat pembantu rumah. Anak-anakku dijaga olehnya bersama adikku yang sanggup untuk berulang dari Bangi ke tempat kerjanya di K.L semata-mata untuk memastikan keselamatan anak-anakku di bawah jagaan pembantu rumah. Sejak itu bermulalah kehidupanku dengan pembantu rumah berterusan bila bilangan anak bertambah dan kos nursery untuk anak-anak (pada masa tu 4 oang) mencecah RM800 sebulan..Tak termasuk OT bila ada sekolah ganti hari Sabtu.. Fuh!! satu modal yang besar..Kalau ambil pembantu baru RM450 pada masa tu.. Bukan nak mengeluh, cuma nak jadi realistik..

Kalau nak diikutkan aku dah pernah ada 4 orang pembantu rumah
:
1) Jumiyem - asal Sumatera (bertahan 2 bulan saja, aku berhentikan bila dia malas buat kerja, asyik tengok TV je..Bila aku tegur, dia marah aku balik...Aik? Lawan tokey nampak?)
2) Wijayanti - Berasal dari Jogjakarta (kalau tak silap). Bekerja selama 2 tahun. dengan dia ni lah aku tinggalkan anak-anak semasa ketiadaan aku..Permit tidak disambung bila rahsianya terbongkar (malas nak cerita.. panjang sangat)
3) Soimah - Berasal dari Sumatera.. Dia ni sakit darah tinggi.. Entah macam mana boleh lepas ke Malaysia..Sekejap saja (1 bulan lebih). Aku hantar balik sebelum dia kena stroke atau mati kat sini.
4) Etin Sutianah - berasal dari Banjarpatruman (dekat dgn Bandung). Tahan 3 tahun.. Dia balik dan tak datang lagi sebab suaminya tak izinkan..

Ok.. cukuplah cerita pasal bibik ni.. So? Macamana life aku sekarang? Macam mana nak handle? Jawabnya buat jaduallah..(ikut ke tidak belakang cerita.. ). Nasib baik suami tersayang sangat-sangat membantu.. So, ini jadual kami.. Kami buat bersama..

Pagi:
4.30 - Sedia breakfast & Basuh baju
5.30 - Mandi sedia utk solat
5.45 - Kakak(Fatin) bangun, mandi, sedia utk solat
6.00 - Iqbal dan Ikhwan bangun, mandi, sedia utk solat, Abang tolong sidai kain
6.40 - Aku Bertolak ke sekolah
7.00 - Hantar Hana & Iman ke rumah baby sitter,Ikhwan & Iqbal pergi sekolah

3.00 - Balik, defrost lauk utk masak, Kemas rumah, sapu... Angkat kain
4.00 - Masak makan malam
5.00 - Ambil Hana & Iman, Suap makan, kakak balik sekolah
6.30 - Iqbal balik, Rendam baju sekolah
6.45 - Makan malam, Solat Maghrib
8.00 - Lipat baju & Gosok baju (sambil tengok berita)
9.30 - Buat kerja sekolah/ tengok homework anak, Abang tolong sental baju sekolah, Aku sedia barang-barang untuk persekolahan besoknya (buku, baju dll)
10.30 - Tidur

Setakat ni kami sama-sama ikut jadual ni dan berjaya...Aku bersyukur mendapat suami yang tidak goyang kaki. Ini keluarga kami, kami bersama dalam semua hal InsyaAllah.. Sama-sama mencari nafkah dan sama-sama buat kerja rumah...Kena ada kesepakatan dan jangan jadi perfectionist.. berbincang dalam semua perkara.. InsyaAllah Allah akan permudahkan...Alhamdulillah..
»»  read more

Thursday, September 30, 2010

KEGEMARANKU

Kenapalah sekarang ni hantu nasi Arab? Ntah lah.. Mungkin sebab aku memang suka makan kambing kot.. tapi kala nak makan hari-hari habislah kolesterol naik.. Apapun, aku nak share cara-cara masak nasi arab ni.. Aku dah cuba beberapa kali dan menjadi.. Alhamdulillah...

»»  read more

Thursday, July 22, 2010

EATING FRUIT...


It's long but very informative.... We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths. It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat.
What is the correct way of eating fruits?
IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! ... FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH.
If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities.
FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD. Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so. In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil.... So please eat your fruits on an empty stomach or before your meals! You have heard people complaining "every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana I feel like running to the toilet, etc "— actually all this will not arise if you eat the fruit on an empty stomach. The fruit mixes with the putrifying other food and produces gas and hence you will bloat!
  • Graying hair, balding, nervous outburst, and dark circles under the eyes all these will NOThappen if you take fruits on an empty stomach. There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruits become alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter. If you have mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight.
  • When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice, NOT from the cans. Don't even drink juice that has been heated up.
  • Don't eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all. You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins.
  • But eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body. Just eat fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be surprised when your friends tell you how radiant you look!
  • KIWI: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange.
  • APPLE: An apple a day keeps the doctor away. Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.
  • STRAWBERRY: Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals.
  • ORANGE : Sweetest medicine. Taking 2-4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessens the risk of colon cancer.
  • WATERMELON: Coolest thirst quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene — the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin C & Potassium.
  • GUAVA & PAPAYA:Top awards for vitamin C. They are the clear winners for their high vitamin C content. Guava is also rich in fiber, which helps prevent constipation. Papaya is rich in carotene; this is good for your eyes.
  • Drinking Cold water after a meal = Cancer! Can u believe this?? For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks HEART ATTACK PROCEDURE': (THIS IS NOT A JOKE!) Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. Sixty percent of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive. Read this....It could save your life!!

»»  read more

Monday, July 5, 2010

Hari Ahad 4 Julai 2010, kami sekeluarga pergi ke Melaka bersama-sama dengan kawan-kawan dari Bandar Seri Putra, Bangi. Seronok betul. Kami berkumpul seawal jam 7.30 pagi bertolak dari Bandar Seri Putra pada jam 8.00 pagi dengan menaiki 2 buah bas. Ini kali pertama saya menaiki bas sejak berkahwin pada tahun 1998 huhu... Bawak anak seramai 5 orang tu, bayangkanlah betapa kecohnya.. Anak-anak book tempat duduk belakang.. jadi kalau nak duduk macam mana sekalipun tak ada orang yang kisah.. Nasib baik tak ada yang muntah..


Iqbal mengambil bahagian dalam salah satu acara bagi kanak-kanak lelaki. Hmmm... macam mana nak menang bila acara disertai oleh kanak-kanak berumur dari 6 hingga 12 tahun. Darjah 1 nak kalahkan darjah 6??
Iman main air..
Bestnya anak-anak bermain air.. Saya rasa malas nak cecah air, sbb air laut akan menyebabkan badan rasa melekit bila naik..
Timbus, jangan tak timbus.. Buat kolam kot bebudak tu..


Sampai saja di sana kami terus bersukaneka.. Banyak juga acara yang diadakan..Tahniah kepada AJK..Tapi malangnya satu acarapun saya tak menang.. Harapkan anak je yang menang..

Salah satu acara untuk kanak-kanak perempuan, acara terompah gergasi (mana tang gergasinya saya pun tak tahu).

Najwa sedang menyusun blok huruf..

Acara meniup belon..Acara ni Najwa dapat nombor 1.


Hana Zulaikha bersama rakan sebayanya Syuhada.. Nak masuka acara apa pun tak boleh.. sebab tiada acara untuk golongan baby..
Apa yang direnung oleh kedua-dua baby ni saya pun tak tahu..

Lepas saja makan tengah hari, hujan turun mencurah-curah.. Habis semuanya lencun..majlis penyampaian hadiah pun dilakukan dalam hujan. Semua orang berlari ke bawah khemah makanan.. Kami terpaksa balik awal kerana keadaan yang basah menyebabkan kami rasa tak selesa untuk meneruskan aktiviti.. Perjalanan balik yang pada awalnya nak singgah di Air panas Pedas, tak jadi tanpa tahu kenapa.. kami sampai di BSP pada jam 6.30 petang.. Alhamdulillah.. Penat, tetapi sangat menyeronokkan..
»»  read more

Wednesday, June 30, 2010

Jalan-jalan Fraser Hill


Sesekali bawa anak2 jalan-jalan untuk merehatkan minda.
Bila ya gambar ni ambil? Hmm.. Masa bulan 4.. Nak jalan ke mana? K.L ramai orang x sesuai untuk budak-budak.. Di mana tempat yang tenang ya?
Tiba-tiba teringat lah tempat ni.. Bukit Fraser..

Dulu pernah datang sini, masa belajar di UKM. Pernah buat field work tentang tumbuhan di pergunungan di bwh Jabatan Botani. Ada kisah lucu juga masa tu..Pensyarah nk bwk kelas kami (pelajar Fak. Sains Hayat & pelajar Fak. Pendidikan yg major Bio mcm aku) buat field work di sini. Cadangnya pergi hari Sabtu pagi-pagi buta. Disebabkan kami yg Fak. Pendidikan ada kelas pd hari tersebut, maka kami pergi lambat (tengah hari). pensyarah Bio kata kalau kamu nak pergi lambat, kamu urus sendiri.. dia nak pergi pagi sama dengan Fakulti Sains Hayat menaiki sebuah bas panjang.

Aku dgn beberapa kawan pergi berurusan dengan pihak bas UKM, maka kami pun pergi dengan menaiki bas mini (sebab kami hanya 17 orang saja). sampai di sana kaki bukit, kami nampak pelajar F. Sains hayat berkumpul di bawah dan menjalankan kajian. Eh, kenapa tak naik? Bas panjang sangat, tak boleh naik ke atas sebab jalan sempit.. Dipendekkan cerita, kami (F. Pendidikan) yg dapat naik ke atas untuk menjalankan kajian yang betul, sedangkan F. Sains Hayat kena balik semula ke Bangi.. Bengang betul mereka pada waktu tu.. Nak buat macam mana? Dah rezeki kami..

Masa ni kawasan ini sedang dalam pembaikan.. Belakang jam tu sebenarnya ada jentolak. Jenuh suami meng'adjust' supaya jentolah tu tak nampak..

Tempat cantik ni adalh Golf Resort dia.. Baru didirikan..


Di sini adalah Fraser Hills Inn.. Boleh le melepaskan lelah atau pening setelah kenderaan mendaki bukit yang berliku-liku tu.. Sebenarnya si anak yang sulung tu (Fatin Najwa) dah termuntah-muntah sebaik saja sampai di atas ni.
»»  read more

Tuesday, May 4, 2010

Ulcerative Colitis


Ulcerative colitis (Colitis ulcerosa, UC) is a form of inflammatory bowel disease (IBD). Ulcerative colitis is a form of colitis, a disease of the intestine, specifically the large intestine or colon, that includes characteristic ulcers, or open sores, in the colon. The main symptom of active disease is usually constant diarrhea mixed with blood, of gradual onset. Because of the name, IBD is often confused with irritable bowel syndrome ("IBS"), a troublesome, but much less serious, condition. Ulcerative colitis has similarities to Crohn's disease, another form of IBD. Ulcerative colitis is an intermittent disease, with periods of exacerbated symptoms, and periods that are relatively symptom-free. Although the symptoms of ulcerative colitis can sometimes diminish on their own, the disease usually requires treatment to go into remission.

Ulcerative colitis occurs in 35–100 people for every 100,000 in the United States,[1] or less than 0.1% of the population. The disease is more prevalent in northern countries of the world, as well as in northern areas of individual countries or other regions. Although ulcerative colitis has no known cause, there is a presumed genetic component to susceptibility. The disease may be triggered in a susceptible person by environmental factors. Although dietary modification may reduce the discomfort of a person with the disease, ulcerative colitis is not thought to be caused by dietary factors. Although ulcerative colitis is treated as though it were an autoimmune disease, there is no consensus that it is such. Treatment is with anti-inflammatory drugs, immunosuppression, and biological therapy targeting specific components of the immune response. Colectomy (partial or total removal of the large bowel through surgery) is occasionally necessary, and is considered to be a cure for the disease
»»  read more

Thursday, February 11, 2010

Rahsia di sebalik Warna


Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

catatan : hanya sekadar pengetahuan....

»»  read more

Monday, January 25, 2010

Percutian ke Eropah part 3




Hari minggu kami akan mengambil peluang untuk keluar berjalan-jalan melihat negara orang. Ini kerana pada hari-hari bekerja, suamiku akan berada di Universiti untuk menjalankan researchnya dari 8 pagi (subuh waktu di sana) hingga pukul 7 petang (Lepas Isyak) ..
















Kebetulan, waktu itu adalah waktu Mat Salleh shopping untuk menyambut Christmast.. Jadi bandar Grenoble ni meriah dengan pelbagai jualan dan hiasan juga makanan. Yang tiada adalah makanan halal. Tak best betul...

Sebelum pergi ke sana, tiap-tiap hari anak-anak akan bertanya " Kat sana ada snow tak Umi?" Saya jawab.. "Insya Allah, kalau ada rezeki kita, snow akan turun masa kita berada di sana..." Yalah, berdasarkan pengalaman tinggal di UK masa suami buat phD, snow yang turun adalah hanya 10 minit. Belum sempat apa-apa, dah cair.

Apapun, Alhamdulillah di Perancis ni snow turun dengan lebat. Diberitau oleh penduduk setempat yang tahun itu snow turun paling lebat setelah 22 tahun tidak turun selebat itu.Tercapailah hasrat anak-anak untuk bermain snow..
















Anak-anak excited main snow. "Umi, mari kita buat snowman!" Kata Najwa pada awal-awal pagi. Kamipun turun sekeluarga ke tengah padang untuk bermain snow. Carrot tak ada utk dijadikan hidung. Timunlah sebagai gantinya. Hai timun pun timunlah...

Ketika si kakak dan abang sibuk membina Snowman, si kecil Iman pula sibuk makan snowman tu... Kalau tuang sirap dgn susu jadila ABC.. Yummie...













Seronok melayan anak-anak bermain.. Bilakah peluang sebegini akan muncul lagi?































































»»  read more

Wednesday, January 13, 2010

Science notes F5 :Chapter 2 - Part 3

Health problems related to nutrition:

Anorexia nervosa

A psychological illness due to intense fear of gaining weight and starving oneself to become thin and underwieght.
For more notes go here:
»»  read more

Science notes F5 :Chapter 2 - Part 2

Nutrition & food production


The importance of taking good nutrition & practising good eating habits
•Micronutrients (nutrients that needed in small quantity)
•Macronutrients (nutrients that needed in large quantity)















For more notes, please go to this link:
http://www.4shared.com/file/196042528/daaedc52/Chapter_2_part_2.html
p/s: open as read only
»»  read more

Science notes F5 :Chapter 2 - Part 1

Nutrition & food production
Nutrition (the intake of nutrients by living organisms)
Why food is needed?
–To maintain health
–As a source of energy
–To carry out life process
The basic nutrients that we need include proteins, carbohydrates, fats, vitamins, fibre, minerals & water

Factors affecting the calorie requirement of an individual:
1.Age
–Infant, children & teenagers need more calories than aged
–This is because they are still growing (this processes requires energy)
–Elderly people need less energy because they’re less active
For download, open this link:
p/s: Open as read only.
»»  read more

Monday, January 11, 2010

Science notes F5 :Chapter 1

The classification of micro organisms
Micro organisms are living things which are tiny (so small) that cannot be seen with the eye.
There are five groups of micro organisms:
–Bacteria
–Fungi
–protozoa
–Virus
–algae




1. Bacteria


Structure : Have cell wall, nucleus
•Shape: Have various shape (rod, spherical)
•Reproduction : Binary fission, conjugation
•Feeding :
–Parasitic (get food from other living organisms)
–Saprophytic (get food from dead & decaying matter)
Habitat : air, water, soil…(all over the place)

2. Virus

•Structure : the smallest m/organisms.
•Have many shape: sperical, rod-shaped, rocket-shaped.
•Have nucleus (DNA) but doesn’t have plasma membrane, cytoplasm.
•Reproduction : only in living cell
•Feeding : Do not feed at all.





For more notes please follow this link:

http://www.4shared.com/file/194121955/2372578e/Microorganisms__their_effects_.html
»»  read more
 

Cikgu Naida Design by Insight © 2009