Iqbal mengambil bahagian dalam salah satu acara bagi kanak-kanak lelaki. Hmmm... macam mana nak menang bila acara disertai oleh kanak-kanak berumur dari 6 hingga 12 tahun. Darjah 1 nak kalahkan darjah 6??
Sampai saja di sana kami terus bersukaneka.. Banyak juga acara yang diadakan..Tahniah kepada AJK..Tapi malangnya satu acarapun saya tak menang.. Harapkan anak je yang menang..
Najwa sedang menyusun blok huruf..
Acara meniup belon..Acara ni Najwa dapat nombor 1.
Hana Zulaikha bersama rakan sebayanya Syuhada.. Nak masuka acara apa pun tak boleh.. sebab tiada acara untuk golongan baby..
Lepas saja makan tengah hari, hujan turun mencurah-curah.. Habis semuanya lencun..majlis penyampaian hadiah pun dilakukan dalam hujan. Semua orang berlari ke bawah khemah makanan.. Kami terpaksa balik awal kerana keadaan yang basah menyebabkan kami rasa tak selesa untuk meneruskan aktiviti.. Perjalanan balik yang pada awalnya nak singgah di Air panas Pedas, tak jadi tanpa tahu kenapa.. kami sampai di BSP pada jam 6.30 petang.. Alhamdulillah.. Penat, tetapi sangat menyeronokkan..
0 comments:
Post a Comment