• Burqa on the street
  • Say no to war
  • So many people, so many people
Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

Friday, January 20, 2012

BILA STRESS MELANDA

Assalamualaikum..
Lama sungguh saya tak buka blog ni. Sampai email dan pasword utk blog pun saya dh lupa..





Kali ini punya entri saya nak meluahkan rasa yang selama ini terbuku dijiwa. Memang saya baru pindah sekolah (tak lah baru sangat, dah masuk 2 tahun dah). Jarak sangat dekat dengan rumah tapi stress berada di sini mengalahkan ketika saya berulang ke Serdang yag jaraknya 26 km dari rumah. Bukan saya saja yang merasainya, tapi boleh dikatakan keseluruhan warga berasa tertekan. Kami stress sampai membawa kepada tahap kesihatan menurun, dan sakit tengkuk (may be tekanan darah naik). Bila badan terlalu penat, jiwa tertekan maka kami selalu sakit. Sikit-sikit kena demam atau selsema. Mengapa jadi begini? Ini disebabkan oleh segolongan orang tertentu yg membuat pelbagai perkara tanpa ilmu dan ia memberi kesan kepada golongan insan seperti kami. Tak dapat nak diceritakan di sini sebab akan ada yang membaca dan melaporkan ke pihak atasan.



Walaubagaimanapun, saya lebih berminat untuk berfikir secara positif dan mencari jalan penyelesaian. Terima kasih kepada seorang ustaz (Ustaz Abdul Razak) yang telah berkongsi cara untuk menghilangkan stress. Caranya adalah dengan...


  1. Bersujud lama agar darah beroksigen turun ke kepala.

  2. Sambil itu bacalah zikirnya dengan perlahan-lahan. Sekali baca, tarik nafas dan turun nafas, baru baca lagi.

  3. Telapak kaki ditegakkan dan dicondongkan tumit ke belakang sampai tapak kai rasa tegang. (Ia akan memberi kesan kepada bahagian perut- bagus untuk melawaskan pembuangan)

  4. Selepas solat dan berdoa, bacalah surah Al Fatihah dengan 7 kali berhenti iaitu setiap habis satu ayat, tarik nafas dan hembus.

Saya tak tahu kaitannya dengan perubatan tapi saya rasa mungkin macam tai chi yang menggunakan kaedah terik nafas dan hembus serta menegangkan beberapa otot tertentu memberi kesan kepada aliran darah beroksigen ke seluruh sistem peredarah darah kita. Cubalah, dan moga-moga kita dapat megurangkan stress yang ada.

»»  read more

Saturday, December 26, 2009

Satu Permulaan....

Alhamdulillah, akhirnya niat untuk menghasilkan blog sendiri tercapai setelah sekian lama ianya terhalang dek kesibukan diri. Jutaan terima kasih diucapkan kepada adik-adik (Nazim & Nizar)yang telah sabar membantu dalam menjayakannya (bagi kredit sketlah kat korang). Terima kasih daun keladi, lain kali ajar lagi..

Antara tujuan utama pengujudan (betul ke istilah ni?) blog ini adalah untuk perkongsian ilmu di dalam dunia pendidikan. Besarlah hati kiranya nota-nota pembelajaran yang dikongsi di sini diguna pakai oleh para pelajar mahupun guru yang berminat... Rugi rasanya jika nota-nota yang ada hanya disimpan di dalam hard disk dan hanya pelajar-pelajar sendiri sahaja yang memperolehinya.
»»  read more
 

Cikgu Naida Design by Insight © 2009