• Burqa on the street
  • Say no to war
  • So many people, so many people

Saturday, November 13, 2010

Tips Menghadapi Peperiksaan


Kepada anak-anak muridku, di sini cikgu kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda dalam menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi..Diharapkan ianya dapat membantu..

SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis subjek
2. Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
3. Bina dan jawab soalan daripada nota
4. Semak soalan-soalan yang lepas bagi memastikan;
- format soalan (objektif & esei)
- masa yang ditetapkan
- bilangan soalan yang harus dijawab
- markah yang diberikan pada setiap soalan
5. Jumpa dan berbincang dengan cikgu bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti (secara berdepan atau melalui sms atau facebook)
6. Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
7. Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
8. Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan subjek tepat
9. Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.
10. Pastikan anda solat hajat pada malam peperiksaan.

HARI PEPERIKSAAN
1. Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
2. Salam, cium tangan ibu bapa dan minta mereka doakan anda.
3. Datang awal ke dewan peperiksaan
4. Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
5. Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
6. Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda
7. Banyakkan berzikir.

SEMASA PEPERIKSAAN
1. Baca arahan dengan teliti.
2. Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
3. Baca setiap soalan dengan teliti.
4. Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
5. Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan berpandukan kepada;
- masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan peperiksaan
- bilangan soalan yang perlu dijawab
- markah yang diperuntukan bagi setiap soalan dan pecahan bagi setiap soalan
6. Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
7. Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat biasa. (Jangan jawab menggunakan pensil atau pen dakwat basah kerana dibimbangi akan kembang bila terkena air)
8. Jika ada kesilapan menulis jawapan, potong sahaja jawapan itu menggunakan pen. (Jangan gunakan liquid paper kerana jawapan yang telah dipadam itu akan timbul setelah beberapa minggu. Ini menyukarkan pemeriksa untuk memeriksa kertas jawapan anda)
9. Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar supaya anda tidak panik.
10. Gunakan ejaan yang betul, bukannya 'ejaan sms'.
11. Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
12. Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
13. Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
14. Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan

SELEPAS PEPERIKSAAN
1. Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
2. Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
3. Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
4. Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.
5. TERUSKAN BERSOLAT HAJAT SEHINGGA KELUAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN kerana segala kemungkinan boleh berlaku. Allah Maha Kaya, mintalah bantuan daripadaNya.

SEMOGA BERJAYA!!

2 comments:

Farah Wahida said...

Terima kasih, cikgu ! atas tips2 yg cikgu berikan.. smoga ianya dpt mnjadi panduan kpda saya.. tpi cikgu saya nk tnya, pen dakwat basah tak salah kan klau kita guna dalam exam ? tpi msti dielakkan.. ada pemotongan markah tak klau kita gna jgk (pen dkwt basah) ?

nur athirah said...

Cikgu kalu saya terguna liquid bleh x

Post a Comment

 

Cikgu Naida Design by Insight © 2009