• Burqa on the street
  • Say no to war
  • So many people, so many people

Tuesday, December 29, 2009

Percutian ke Eropah part 2

Ini permandangan Banjaran Alps dari tingkap Apartment kami. Setiap tahun tempat ini menjadi tumpuan kepada peminat ski. Disebalik banjaran itu adalah negara Switzeland.
Anak-anak setiada riang. Gantungan baju di belakang tu menunjukkan baju yang dibasuh sangat lambat untuk kering.



Seronok jadi budak2kan? Tiada masalah langsung.

Bath tub ni tempat anak2 selalu berendam air hangat....


Ni la apartment kami. 2 bilik tidur, 1 bilik air dan 1 ruang tamu bersekali dapur. Gambar atas ni adalah bilik tidur untuk anak2.


Ni pulak dapur tempat saya menyediakan makanan untuk family setiap hari. Semua barang keperluan dapur telah tersedia memandangkan ini adalah apartment untuk student universiti ini. Barang makanan mestilah bawa dari Malaysia. Selepas seminggu, barang makanan habis, kami terpaksa beli di Carrfoure. Bezanya, semua barangan tulis bahasa perancis. Ayam, daging tiada yang halal. So, lauk hari2 udang, telur, sardin. Maggipun (ada maggi dari Thailand) selalu juga.


Ni waktu pagi, Ikhwan mengupas buah oren sementara menunggu saya menyediakan breakfast. Suhu di luar masa ni 2 darjah (winter). Dalam coffee makeer tu Nescafe dari Malaysia


Satu masalah di sini masa baru sampai adalah perbezaan waktu. Anak2 masih guna waktu Malaysia. Pukul 3 pagi dah kejutkan kita suruh masak kerana mereka dah lapar.



Ni ruang tamu.. Kat sini lah tempat kami melepak2 sambil tengok tv (yg dipinjamkan oleh Prof Dufressner). Satu habukpun tak faham sebab bahasa yang digunakan adalah bahasa Perancis.








0 comments:

Post a Comment

 

Cikgu Naida Design by Insight © 2009