• Burqa on the street
  • Say no to war
  • So many people, so many people

Monday, October 11, 2010

Kehidupan baru

Bibik dengan Iman... (anak yang paling dia sayang)

Hari ini hampir 2 bulan aku tiada pembantu rumah.. Ramai orang kata 'habislah kau, patah kaki..' Patah kaki apa? Takdelah patah sangat, tapi jadual masa aku berubahlah sikit.. Sebenarnya kalau nak diikutkan, rumah aku lagi kemas berbanding masa ada pembantu rumah..Serious!!...(Kalau datang masa aku tengah sakit tu lain lah cerita..). Yang penting hati SENANG!!...Apa taknya pembantu rumah aku ni tak pandai sangat mengemas, kalau disuruh kemas (dah tunjuk dah, baaaaanyyaaaaaakkkk kali) tak mahu ikut jugak..Kalau mengemas buku cerita yang anak-anakku baca sebagai contoh, dilonggoknya saja atas meja. Bila aku kata susun di tingkat atas dalam almari, dia longok atas meja study anakku ataupun dilonggok dalam almari. Akhirnya aku juga yang mengemas semula..

Yang dia suka ialah duduk kat laur rumah dan mengerjakan 'tanah' yang sekangkang kera tu..Habis semua jenis pokok ulam ditanamnya dan rumput dicabutnya (hatta rumput yang memang aku beli & tanam). 'Rajin betul bibik kau ya..' kata seorang jiran. Ya, memang rajin.. luaran je lah... Masak? Sorry... satu benda pun tak reti...Tapi takpe sebab bab memasak ni aku lebih suka keluargaku makan dari air tangan aku sendiri.. Barulah terjalin ikatan kekeluargaan.. Sekurang-kurangnya kalau aku belum sampai rumah, aku boleh call dan bagitahu apa yang nak didefrost supaya senang bila aku nak masak nanti..

Tapi, apapun yang buat aku tahan dgn dia ni ialah... dia sayang anak-anakku. Aku faham yang anak-anakku boleh dikira 'boleh tahan' dalam bab menguji kesabaran.. tapi dia sangat penyabar..Terima kasih aku ucapkan. Dan satu lagi, dia ni tak banyak mulut, kalau ditegur, diam saja.. atau paling-paling pun dia minta maaf.. Nak marah pun tak jadi dibuatnya..

Ada orang berbangga dengan mengatakan "Akak ni tak pernah ada bibik seumur hidup.. boleh je manage rumah".. Tak semua orang yang ada pembantu rumah tu tak boleh manage rumah atau pemalas.. Tak bolehlah buat generalisasi macam tu.. Kenapa dan bila aku mula ada pembantu rumah? Semuanya bermula pada tahun 2005 di mana masa tu aku mempunyai 3 orang anak. 3 orang? Sikit tu.. Aku terpaksa mengambil pembantu rumah apabila pada tahun itu aku dan suami dipanggil untuk menjadi 'tetamu Allah' bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Cadangan awalnya aku nak tumpangkan anak-anakku bersama ibu bapa ku di kampung, tapi terpaksa mengubah rancangan apabila mereka juga djemput untuk bersama-sama menjadi tetamu Allah pada tahun yang sama. Memandangkan tiada orang yang sanggup utk menjaga ketiga-tiga anakku, maka kami mula mengambil khidmat pembantu rumah. Anak-anakku dijaga olehnya bersama adikku yang sanggup untuk berulang dari Bangi ke tempat kerjanya di K.L semata-mata untuk memastikan keselamatan anak-anakku di bawah jagaan pembantu rumah. Sejak itu bermulalah kehidupanku dengan pembantu rumah berterusan bila bilangan anak bertambah dan kos nursery untuk anak-anak (pada masa tu 4 oang) mencecah RM800 sebulan..Tak termasuk OT bila ada sekolah ganti hari Sabtu.. Fuh!! satu modal yang besar..Kalau ambil pembantu baru RM450 pada masa tu.. Bukan nak mengeluh, cuma nak jadi realistik..

Kalau nak diikutkan aku dah pernah ada 4 orang pembantu rumah
:
1) Jumiyem - asal Sumatera (bertahan 2 bulan saja, aku berhentikan bila dia malas buat kerja, asyik tengok TV je..Bila aku tegur, dia marah aku balik...Aik? Lawan tokey nampak?)
2) Wijayanti - Berasal dari Jogjakarta (kalau tak silap). Bekerja selama 2 tahun. dengan dia ni lah aku tinggalkan anak-anak semasa ketiadaan aku..Permit tidak disambung bila rahsianya terbongkar (malas nak cerita.. panjang sangat)
3) Soimah - Berasal dari Sumatera.. Dia ni sakit darah tinggi.. Entah macam mana boleh lepas ke Malaysia..Sekejap saja (1 bulan lebih). Aku hantar balik sebelum dia kena stroke atau mati kat sini.
4) Etin Sutianah - berasal dari Banjarpatruman (dekat dgn Bandung). Tahan 3 tahun.. Dia balik dan tak datang lagi sebab suaminya tak izinkan..

Ok.. cukuplah cerita pasal bibik ni.. So? Macamana life aku sekarang? Macam mana nak handle? Jawabnya buat jaduallah..(ikut ke tidak belakang cerita.. ). Nasib baik suami tersayang sangat-sangat membantu.. So, ini jadual kami.. Kami buat bersama..

Pagi:
4.30 - Sedia breakfast & Basuh baju
5.30 - Mandi sedia utk solat
5.45 - Kakak(Fatin) bangun, mandi, sedia utk solat
6.00 - Iqbal dan Ikhwan bangun, mandi, sedia utk solat, Abang tolong sidai kain
6.40 - Aku Bertolak ke sekolah
7.00 - Hantar Hana & Iman ke rumah baby sitter,Ikhwan & Iqbal pergi sekolah

3.00 - Balik, defrost lauk utk masak, Kemas rumah, sapu... Angkat kain
4.00 - Masak makan malam
5.00 - Ambil Hana & Iman, Suap makan, kakak balik sekolah
6.30 - Iqbal balik, Rendam baju sekolah
6.45 - Makan malam, Solat Maghrib
8.00 - Lipat baju & Gosok baju (sambil tengok berita)
9.30 - Buat kerja sekolah/ tengok homework anak, Abang tolong sental baju sekolah, Aku sedia barang-barang untuk persekolahan besoknya (buku, baju dll)
10.30 - Tidur

Setakat ni kami sama-sama ikut jadual ni dan berjaya...Aku bersyukur mendapat suami yang tidak goyang kaki. Ini keluarga kami, kami bersama dalam semua hal InsyaAllah.. Sama-sama mencari nafkah dan sama-sama buat kerja rumah...Kena ada kesepakatan dan jangan jadi perfectionist.. berbincang dalam semua perkara.. InsyaAllah Allah akan permudahkan...Alhamdulillah..
»»  read more
 

Cikgu Naida Design by Insight © 2009