• Burqa on the street
  • Say no to war
  • So many people, so many people

Friday, January 20, 2012

BILA STRESS MELANDA

Assalamualaikum..
Lama sungguh saya tak buka blog ni. Sampai email dan pasword utk blog pun saya dh lupa..





Kali ini punya entri saya nak meluahkan rasa yang selama ini terbuku dijiwa. Memang saya baru pindah sekolah (tak lah baru sangat, dah masuk 2 tahun dah). Jarak sangat dekat dengan rumah tapi stress berada di sini mengalahkan ketika saya berulang ke Serdang yag jaraknya 26 km dari rumah. Bukan saya saja yang merasainya, tapi boleh dikatakan keseluruhan warga berasa tertekan. Kami stress sampai membawa kepada tahap kesihatan menurun, dan sakit tengkuk (may be tekanan darah naik). Bila badan terlalu penat, jiwa tertekan maka kami selalu sakit. Sikit-sikit kena demam atau selsema. Mengapa jadi begini? Ini disebabkan oleh segolongan orang tertentu yg membuat pelbagai perkara tanpa ilmu dan ia memberi kesan kepada golongan insan seperti kami. Tak dapat nak diceritakan di sini sebab akan ada yang membaca dan melaporkan ke pihak atasan.



Walaubagaimanapun, saya lebih berminat untuk berfikir secara positif dan mencari jalan penyelesaian. Terima kasih kepada seorang ustaz (Ustaz Abdul Razak) yang telah berkongsi cara untuk menghilangkan stress. Caranya adalah dengan...


  1. Bersujud lama agar darah beroksigen turun ke kepala.

  2. Sambil itu bacalah zikirnya dengan perlahan-lahan. Sekali baca, tarik nafas dan turun nafas, baru baca lagi.

  3. Telapak kaki ditegakkan dan dicondongkan tumit ke belakang sampai tapak kai rasa tegang. (Ia akan memberi kesan kepada bahagian perut- bagus untuk melawaskan pembuangan)

  4. Selepas solat dan berdoa, bacalah surah Al Fatihah dengan 7 kali berhenti iaitu setiap habis satu ayat, tarik nafas dan hembus.

Saya tak tahu kaitannya dengan perubatan tapi saya rasa mungkin macam tai chi yang menggunakan kaedah terik nafas dan hembus serta menegangkan beberapa otot tertentu memberi kesan kepada aliran darah beroksigen ke seluruh sistem peredarah darah kita. Cubalah, dan moga-moga kita dapat megurangkan stress yang ada.

»»  read more
 

Cikgu Naida Design by Insight © 2009