• Burqa on the street
  • Say no to war
  • So many people, so many people

Saturday, December 26, 2009

Percutian ke Eropah

Bulan Disember 2008 menyimpan kenangan yang tidak boleh dilupakan. Mengambil kesempatan suami yang membuat penyelidikan di sebuah Institut Pengajian Tinggi di Grenoble, France, dapatlah kami memijak bumi Perancis yang tak pernah termasuk dalam senarai tempat percutian kami sebelum ini. Namun ini bukanlah percutian percuma. Hanya tambang suami dan bilik apartment suami sahaja yang ditaja oleh UKM, segala perbelanjaan kami dibiaya oleh tabungan kami sendiri yang jumlah kosnya membuatkan kami serik untuk ke Eropah dengan membawa 4 orang anak pada MUSIM SEJUK! Satu jumlah yang cukup besar. Tapi, di manakah Grenoble tu? Tak pernah dengarpun?


Grenoble adalah satu pekan kecil dan terpencil yang terletak di pendalaman negara Perancis. Dengan kedudukannya di kaki Banjaran Alps, tiada kapal terbang yang boleh sampai ke sana.

Perjalanan kami sekeluarga bermula dengan menaiki kapal terbang MAS dari KLIA ke Charles de Gaulle International Airport, Paris. Kami sampai pada pukul 12 tengahari waktu Perancis dan akan meneruskan penerbangan ke Lyon pada pukul 3 petang. Nak jadi cerita, disebabkan oleh musim sejuk pada masa itu, bila kami lalu di tempat pemeriksaan untuk naik ke kapal terbang, pegawai pemeriksa telah menyuruh kami semua membuka winter jacket yang dipakai untuk dimasukkan melalui tempat scan. Selepas selesai pemeriksaan kami kena pakai balik semua winter jacket tersebut. Oleh kerana kami ramai, maka jenuhlah saya dan suami memakaikan winter jacket untuk anak-anak. Lepas seorang, seorang kami pakaikan. Kalut ribut yang amat kami dibuatnya kerana anak-anak berlari-lari ke sana kemari kerana excited nak naik kapal terbang lagi. Kemudian kami semua berlari-lari anak untuk mengejar ke pintu gate (dah macam cerita Home Alone). Akhirnya bila sampai di pintu gate untuk naik kapal terbang, minah salleh yang bertugas di sana kata " Oh, sorry sir. We're closed." dengan muka selambanya.

Iqbal yang kebosanan menunggu flight yang seterusnya...

Hah?!! Closed?!! Kapal terbang tak gerak lagi, takkan tak boleh naikkan kami? Peramugari tu memang tiada compromy! Pada saat itu dah tak boleh nak cakap apa, SAH!! Kami kena tinggal kapal terbang. Dah terbayang dalam kepala, lagi berapa ribu RM nak melayang kalau nak beli ticket lain untuk kami berenam. Itupun kalau ada seat untuk kami semua 6 orang. Kamipun pergi ke kaunter Air France. Rayu punya rayu akhirnya dapatlah kami naik kapal terbang ke Lyon pada pukul 7 petang. Punyalah lama kami tunggu, dari pukul 12 p.m sampai pukul 7 p.m. Penat sungguh!!


Lunch di airport. Makan Salmon sandwiches. Pergh!! Smoked Salmon !! Ingatkan ikan masak..Dah lapar, balun je la..
Dari Lyon kami beli ticket bas express ke Grenoble. Masalah bahasa menjadi isu utama.. Penjaga ticket tak tahu langsung berbahasa Inggeris. Dia cakap Perancis, kita cakap Inggeris, macam ayam dengan itik. Akhirnya dapat juga kami beli ticket dan bergerak ke Grenoble. Setibanya kami di Grenoble kami di sambut oleh sahabat suami, Prof. Dr. Allan Dufresne. Beliau telah membawa kami ke apartment yang disewa. Selesailah satu perjalanan yang panjang...

3 comments:

Cikgu Norza said...

Nanti letakkan link medansains.blogspot.com sebagai link untuk tips menjawab SPM

hamdolok@anaksaleh said...

pergh... baru ajar 1 malam jer dah terer buat blog

cikgu naida said...

Kakak: cemana nak linkkan?
Aim: Ha ha siapa tok gurunya kan?

Post a Comment

 

Cikgu Naida Design by Insight © 2009